Wah, nampaknya populariti Upin & Ipin terus diterima oleh ramai peminat dari seluruh Malaysia dan Indonesia. Upin & Ipin pula banyak kali diketengahkan di dalam program TV dari pelbagai stesyen TV. Yang terkini, Upin & Ipin telah berkunjung ke RTM untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM). Pertama kali menjejakkan kaki di dalam set SPM, maskot Upin & Ipin menjadi buruan sebaik sahaja siaran langsung dimulakan. Penampilan eksklusif pelakon suara baru Ipin & Ipin untuk musim ini iaitu adik Asyiela Putri turut mengamit suasana di dalam studio dan tentunya juga di kaca TV. Adik Syiela yang sedang di dalam mood cuti sekolah, turut gembira kerana dapat memeriahkan rancangan SPM.
Maskot Upin & Ipin ketika
berlakon di dalam studio
Asyiela Putri (Upin/Ipin) bersama Ida Rahayu (Fizi)
berlakon di dalam studio
Selain itu, pelakon suara bagi watak Fizi iaitu Ida Rahayu dan watak Jarjit iaitu Shafiq juga turut dibawa ke studio untuk berkongsi pengalaman masing-masing. Sesi lebih kurang 1 jam di dalam studio ini, sekali gus mewujudkan suasana meriah. Krew LCP sendiri berasa bertuah kerana pada hari tersebut berkesempatan berjumpa dengan lagenda bola sepak tanah air iaitu Zainal Abidin Hassan. Beliau yang juga turut dijemput ke studio membincangkan mengenai acara Piala Dunia yang bakal menjelma. Zainal Abidin yang merupakan bekas pemain bola sepak negara, juga amat meminati siri animasi Upin & Ipin. Siri Upin & Ipin yang sedang ditayangkan di TV9 akan menayangkan episod istimewa mengenai Piala Dunia. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menontonnya di kaca TV nanti.
Asyiela Putri (Upin/Ipin) bersama Ida Rahayu (Fizi)
sepak negara, Zainal Abidin Hassan
Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga produksi SPM yang telah bertungkus lumus ketika sesi siaran langsung dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan